Monday, September 1, 2008

JUST FRIEND


Watercolour
By: Ghafar Bahari.

12 comments:

kulupSakah said...

salam bro,
saya pernah ikuti karya2 bro 80an dlm majalah2 dbp dan fantasi...

komik mediaseni memang buat saya gila dulu..70sen nk dpt kene puase 2hari belanja skolah..
ada simpanan tak komik2 dulu..?

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Salam kembali, Yang ada dalam simpanan dah tak banyak, lesap kerana kawan pinjam.Kawan yang pinjam pun saya dah lupa. Ada yang saya lupa tajuknya. Menyesal juga kerana tak sempat kumpul semuanya dari awal.Hanya tinggal beberapa buah saja dalam simpanan.Dulu melukis memang laju, kadang-kadang seminggu siap sebuah buku, bukan apa nak kejar bayaran, walau pun dapat bayarannya murah saja dalam seratus lebih saja satu buku tapi komik waktu itu sangat banyak di pasaran dan mendapat sambutan.Maklumlah hidup di Kuala Lumpur banyak masaalah gaji pun kecil.Kualiti lukisan tu kurang baik la.

ronasina said...

ya ya! pot jr,hussein saad dgn wak dojernya, marzuki dgn jati tunggal..majalah toyol..dulu2 mrk nmpk jujur berkarya dan tiada pengaruh luar..

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

keadaan pelukis masa tu memang gigih walau pun daif, mereka melukis hingga jauh malam hingga tertidur di meja.Makan mee maggi saja siang malam. saya ingat lagi shaari am, pot jr, nik hashim nmy,khuzae, rosli memang tinggal di pejabat kadang - kadang tidur atas simen beralaskan surat khabar.

kulupSakah said...

memang best...
ya! masuk tingkatan 1 terpaksa puasa sebab nak beli Fantasi..rm3 masa tu cukup mahal!
tapi berbaloi layan karya bro, tazidi,mohas,jailani a.hassan, rosli hamid, azman yusof! saya rindu komik Malaysia!

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Saya rasa keadaan komik kita mesti cepat berubah. Mesti semua halaman dalam warna ,kalau hitam putih lagi tentu tak boleh lawan persaingan komik luar.Kita juga mesti ada identiti Melayu,kalau boleh jangan tiru atau terikut- ikut pengaruh komik luar atau budaya mereka yang telah banyak merosakkan pemikiran anak bangsa kita..

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Semasa melukis majalah Fantasi kami dibayar semuka 100 ringgit, jadi satu cerita 10 muka dapatlah seribu.Baru- baru ni saya dapat tahu ada majalah komiko mencari pelukis komik. satu muka di bayar RM 200, tapi satu cerita hanya 8 muka.Saya tengah fikir, tapi saya masih melukis kartun dan ilustrasi untuk semua majalah dewan bahasa dan Pustaka.

ronasina said...

saya kartunis bebas di suara keadilan dan ada 2-3 idea komik tapi tak sempat nk buat dan stroke komik masih tak power!
sama2 kita doakan fantasi wujud semula seperti yg CESB hajatkan

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

kalau fantasi dapat di wujudkan semula alngkah baiknya. Mungkin pekomik boleh buat sesuatu.

Pelayar alam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...
This comment has been removed by the author.
GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.